Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Holla Holla

25 January 2012

#3# Wordless Wednesday


P/s : me with my celedaqs frenz..*aku macam gila dalam gambar ni*

21 January 2012

After A Long break

Assalamualaikum..

Lamanya ndak update blog ni. Makin pemalas nampaknya. Cuti. (sesuai kah di sebut CUTI??) hehe. Dah habis belajar duduk di rumah diam-diam. Actually ada jugak pegi interview. Di kolej COSMOPOINT sabah. Kerja apa? Lecturer fisioterapi. Tunggu jawapannya minggu depan. Dapat atau tidak. Dapat, Alhamdulillah. Dak dapat, Alhamdulilah jugak. Rezeki di bumi Allah ni sangat banyak. So, tiada keluh kesah dak dapat kerja kan.Sebab Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNYA.

Mau jalan pergi mana-mana pun susah sebab kereta saga rosak lagi. Baru dapat 3weeks lepas tu PECAH lagi enjinnya.Padahal tu sudah di ganti lagi enjinnya dengan enjin baru. Lemahnya kereta saga ni.

Duduk rumah ni aku dak banyak buat aktiviti yang berfaedah. Pemalas. Hehe. Tapi ada jugak berkarya sikit-sikit.Tengokla hasil nya di bawah. Sikit seja la aku upload. Blogwalking malas. Facebook ja rajin. Twitter 1-2x. Haih. Apa mau jadi? Hehe. 







p/s : Niat di hati mau jilidkan jadi 1 buku semua hasil karya yang x seberapa ni..

29 November 2011

Short vacation : Konvo Kawan-kawan + Manukan + Perdana Park

-Assalamualaikum-

Lama dak hupdate! Almaklum aku kan penanam anggur yang busy..haha

Baru balik dari KK . Sampai KK 5 SUBUH 27 hb. Balik Tawau semalam jam11 malam (sampai tawau jm11 malam tu).

Thanks to Dr.Rapidah ambil kami di Inanam, hantar pi hotel, hantar pi Jesselton Point dan lain-lain lagi!Jasamu kami kenang! Nanti kita open table ya di Tawau.

Thanks jugak to Mr.Salman Sah because u -always-free-when-i-need-u! hehe.. Actually,Mr.Salman ku ini ada di KK jugak.Kan his sister konvo jugak.So, agakla selalu jugak beliau di "curi" dari family nya.

-Diari 27NOV2011 -

Kejadian hotel-hunting : Lepas rapidah ambil di Inanam terus direct pegi hotel yang memang si shardut sudah booking. Paling hebat boleh pulak Full House tu hotel.Padahal sudah di booking. Di suruhnya kami check in tengahari pulak. Then, kami cari hotel-hotel yang ada bilik kosong lagi. Hampir sejam++ jugak. Cari punya cari dapat hotel lama yang scary gila bilik nya! Tapi oleh sebab kami akan check in jugak di hotel yang sudah kami booking tu,kami check in seja di hotel scary ni. Just tuk simpan barang kami. Kan mau pegi pulau! heehuuuuuu~

Pulau Manukan : Jam9 pagi pergi Jesselton Point. Rapidah hantar. Naek bot and dalam jam10 gitu sampaila akhirnya ke Manukan Island. Tukar baju,tudung dan apa2 yang perlu di tukar. Ready for snorkeling! Yeay! Agakla berteriak2 sana takut dakmau ya! Padahal pakai life jacket. Dapat tengok NEMO yang comel! Oleh sebab aku dakmau sunburn . aku berendam dalam tu air dalam 30minutes++ seja. Tidak sanggup sunburn. Sakit muka nanti. Gambar-gambar and balik.


Check in hotel : Dalam jam2 petang, mintak tulung Mr. Salman amik d Jesselton Point hantar pi hotel scary amik barang.Kan mau check in hotel yang satu lagi. Malangnya, terpaksa berjalan kaki dengan barang2 yang berat sebab Mr.Salman kena hantar orang pegi airport.Takut tertinggal flight. Luckily, dak jauh :) Lepas check in,semua terbongkang atas katil. Ngantuk dan penat ketawa kali. Jumpa cik dayang ngan pendi di bawah hotel sekejap.

Perdana Park : Then , malam pulak jam7 Mr.Salman bawak pegi Perdana Park. Pi tengok tu lampu2 air(tah hapa nama dia). Shardut memang hexaited la memang. Aku pernah jugak tengok bendalah ni di mines resort.Lebih kurang seja. Tapi kali ni lagi best sebab pergi tengok dengan kawan-kawan ngan cik abang. Stay situ sampai jam9malam. Lepas tu cari tempat minum. Lepak-lepak sampai jam10++. Then, balik hotel. Siap-siap baju tuk esok nya dan tidur.
*memang lepas lelap tu,xd alangsung terbangun2 sampaila subuh esoknya*

Jelitawans2..haha
Mr.Right

-Diari 28NOV2011-

Pagi-pagi jam7+ pergi ke pasar cari Umi si wana . Mintak number wana. Pastu breakfast then naek bas pergi UMS. Jam10++ sampai UMS, Sir Khairul Rezal sedia menunggu kami di sana.Bagus betul ni Sir. Gambar-gambar and duduk minum.Tunggu Charles tagap datang. Icak pun menjoin kami. Duduk menconcang depan kipas besar. Thank you KIPAS BESAR!Lepas minum-minum dalam jam11++ kami start sudah berdiri beramai-ramai di bawah pokok di tepi jambatan2 kecik sebelah dewan canselor UMS tu. Tunggu dayang,tunggu joseph and menegur semua orang yang kami kenal yang limpas depan kami. Haha. Semua gambar kami berlatarbelakangkan tu batang pokok yang cekeding sama jambatan.Adedeyh.

Mr.Salman and family pun ada jugak :)

Lepas selesai sesi bergambar and membagi bunga kepada sesiapa yang perlu di bagi,kami pun cau. Nasib baik ada Sir Rezal hantar kami pergi balik bandar sana (padahal di paksa la memang hantar kami.haha!) Solat dan kemas-kemas. Pastu ke CP. Then , jam4 gitu berpisahlah kami semua.Weilyn and sule' pegi naek bas balik tempat masing-masing. Aku dan shar siap2 balik hotel mau check out. Haish.. dak bestnya perpisahan.Huuuuu. Malam jam7,Mr.Salman sekali lagi di "curi" ,hantar kami pergi airport. Dan yang paling best, Flight delay pi jam9.45 malam.Sepatutnya jam8.25 fly! Arghhhh. Jam11.30 baru sampai rumah.

Dan selesai la semua. Tidur.


17 November 2011

5A

Assalamualaikum

Hampir 2 weeks sudah berada di rumah sendiri(Tawau). Sangatla bahagia rasa di hati tapi badan sakit-sakit sebab terlampau banyak baring dan menghadap laptop (Postural problem ni).

So, hari ni keputusan UPSR 2011 di umumkan. Dan aku, menyibuk jugak mau pegi sekolah adikku (ex-sekolah ku jugak dulu) . First, pergi kelas adik yang bongsu. Ambil buku adab belajar nya. Masa tu ada cikgu Rujia. My 1st guru kelas masa darjah 1. Dengan muka terkejut and tergamam dia tengok aku. Ayatnya yang aku rasa lawak betul "Putihnya..cantik sudah kamu" aku senyum-senyum control ja. Hahaha. Maknanya dulu jelek la? haha (jelek is hodoh). Cerita-cerita itu ini sekejap pastu bila mau balik,cikgu pesan  "Kalau ada kad tu,jangan la lupa cikgu". Ehem..dengan bangganya aku jawab "Jangan cikgu bimbang,cikgu tunggu jak nanti ya". Xoxoxoxoxo. 

Okay. Pasal UPSR pulak. Dekat jam11 jugakla baru di umumkan keputusan. Yang 5A di panggil naik pentas ambil slip keputusan dari PK HEM.  18 orang dapat 5A. Adikku kelas Amanah (kelas kedua) .So, cikgu harijah umumkan, ada 18 orang 5A and dia bilang ada jugak dari Amanah yang dapat 5A. Sebut punya sebut ,sampaila 17 orang sudah. Last sekali, cikgu bilang.. satu-satunya dari kelas Amanah..and dia sebut la angka giliran 1062. Ya Allah, adikku! Hahaha. Terus aku tepuk tangan dak hengat dunia. and terus jugak air mata mengalir ..haha..ngok ngek gila menangis! macamla aku yang dapat straight A's tu...hiiiiiihuuuuuu! Mau tau kenapa aku nangis? Sebabnya.. kami adik beradik 8 orang ni, paling tinggi pun dapat 4A1B.. ada 4 orang dapat 4A1B so..... pecah rekod la kira. 

So, esok naik pentas la dia. Dengan jubah nya. Gembira.
Si 5A. Si kecik tu si bongsu.

Alhamdulillah.

08 November 2011

Physiotherapy Home Service in Tawau (2011)

Physiotherapy Home Service in Tawau, Sabah

Assalamualaikum.. saya Hafiza, u can call me Fiza or Pijuk.

Saya menyediakan perkhidmatan rawatan fisioterapi di rumah saya ataupun di rumah anda.Saya merupakan graduan yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi UiTM, Kampus Puncak Alam Batch 2007-2011. Secara keseluruhan saya mendapat latihan klinikal (Keseluruhannya selama 10bulan 2minggu) di beberapa buah hospital seluruh Malaysia iaitu :
1.Hospital Tuanku Jaafar, Seremban , N9 (6 minggu)
2.Hospital Teluk Intan, Perak (6 minggu)
3.Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang kerian, Kelantan (6 minggu)
4.Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor (6 minggu)
5.Hospital Selayang, Selayang, Selangor (12 minggu)
6.Hospital Sungai Buloh, Sg.Buloh, Selangor (6 minggu) 

Antara perkhidmatan rawatan fisioterapi yang saya sediakan ialah :

1.Rehabilitasi untuk pesakit strok
 (sesi pertama (Rm 50) hanya untuk sesi penilaian (assessment) dan untuk sesi rehabilitasi
 seterusnya akan di kenakan rm80/session)

2.Rawatan sakit belakang/leher/bahu/lutut
 (Rm50-70/ session (bergantung kepada keadaan pesakit)

3.Rawatan selepas patah tulang (Eg. Patah tangan,patah kaki) 
(Rm50-70/ session (bergantung kepada keadaan pesakit)

4. Rehabilitasi untuk kanak-kanak istimewa yang mengalami "developmental delay" (Cerebral palsy, down syndrome)
(Rm70-80/session bergantung kepada keadaan semasa pesakit)

5. Relaxation massage (Strictly for female only-untuk kaum wanita sahaja)
          a) Upper body massage (RM30/ 30-40minutes)
          b) Lower body massage (RM 30/30-40 minutes)
          c) Whole body massage (RM 50-60/45-60 minutes)
       

Saya tahu masyarakat tawau masih belum terbuka dan tahu tentang rawatan fisioterapi. Rawatan Fisioterapi akan membantu mengoptimumkan kualiti kehidupan pesakit dan membantu mengurangkan kesakitan yang pesakit alami. Namun, bukan 100% usaha datang daripada saya sendiri selaku perawat, tetapi kemahuan dan keazaman pesakit itu sendiri adalah sangat penting untuk mencapai kualiti hidup yang terbaik. Kita selaku manusia berusaha, dan selebihnya biar Allah yang tentukan.

Caj Rm10 akan dikenakan untuk rawatan yang memerlukan saya datang ke rumah anda.

Alamat rumah ::

W3, Peringkat 1, Kg. Muhibbahraya, Jalan Air Panas, 91000, Tawau, Sabah.
(Rumah 2 tingkat,berwarna kuning/merah berhadapan dengan Asrama Yayasan Sabah.. dan bersebelahan dengan gerai menjual kuih di kiri dan kanan)


Anda berminat ? Sebarang pertanyaan? 
Hubungi saya melalui SMS/CALL : 0196741792 
@ email : pijuk_fisio@yahoo.com

Caj untuk rawatan boleh di runding (bergantung keadaan semasa pesakit)

Thank you.

Optimumkan kualiti hidup anda dan keluarga anda =)