Pages

02 April 2011

Jari sakit ,tangan sakit, kebas- kebas (Finger pain,numbness)

[ Assalamualaikum ]
-Salam 1 Malaysia-

[ADALAH DI MAKLUM KAN INI HANYA VERY SUPERFICIAL INFORMATION SAHAJA]

Anda mempunyai masalah seperti yang tertulis di tajuk entry di atas?
Sakit tangan,jari,kebas-kebas?
Ya... itu adalah tanda anda menghadapi :
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)

Apakah yang dimaksudkan dengan CTS ni?
Okay..saya akan terangkan dengan menggunakan istilah2 layman
@ pun terma-terma percakapan harian untuk lebih mudah faham

-APA-
First kita cerita pasal anatomi dulu,means struktur2 yang terlibat and yang menyebabkan benda ni terjadi =) Apa2 pun maksud tu paling penting : CTS = Kombinasi sign dan symptom yang berpunca daripada compression of median nerve as it passes through the carpal tunnel from forearm to palm (ala..english lak) hiii..ok2.proceed.harap2 paham.susah mau translate ke bm .. jd hancur nnt translasinya (huuu)

APA-APA PUN TENGOK GAMBAR BAWAH NI YA

Key point : 
1.Median nerve : adalah 1 saraf yang ada di tangan kita.Saraf ni adalah nerve supply tuk otot-otot di tangan aka di jari aka di hand aka di palm kita ok .Ok gambar di atas..anda nampak mana MEDIAN NERVE kan?
2.Carpal tunnel : ok..ini adalah laluan untuk si MEDIAN NERVE.So,dalam gambar atas ni TRANSVERSE CARPAL LIGAMENT tu la carpal tunnel.

So..aku harap yang baca ni paham la ek.. means bila laluan si median nerve tu tertekan n jadi sempit maknanya akan terganggu la fungsi si median nerve tu dan menyebabkan sakit dan kebas di tangan.Oh ya,simptom2 nya biasanya rasa sengal2,sakit dan mungkin kebas2 di pergelangan tangan,di jari2 terutamanya ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah.

-SIAPA-
Syndrome ini selalu di hidapi (erk..macam x seswai guna word "di hidapi " tp xpala) oleh  sesiapa yang rutin harian @ skop kerja yang banyak menggunakan tangan dan jari yakni orang-orang yang seharian menghadap laptop/komputer,tukang jahit,tukang masak,kerani & ramai lagi  (tapi yang majoriti adalah kerani,tukang jahit..HARAP MAKLUM ) erk..dan jugak in future may be BLOGGER-BLOGGER TEGAR yang non stop menaip ( :p ) HAAA! dan satu lagi :: ibu2 mengandung (nanti di bawah ada explanation kenapa)

-KENAPA-
-1st tuk ibu mengandung-
Adalah normal bagi pregnant women ada symptom ni sebabnya bila pregnant water retention @ pemgumpulan air dalam badan akan berlaku.Bila itu berlaku,laluan "median nerve" di laluannya yakni yang terletak di pergelangan tangan @ wrist joint akan tertekan disebabkan pressure dari air2 yang berkumpul tu,so akan menyebabkan symptom2 sakit dan kebas tu (biasanya akan hilang selepas pregnant tapi ada jugak yang berkekalan selepas pregnant).
-2nd tuk yang lain-lain-
Mengapa boleh terjadi? Okay kekerapan tangan dan jari kita bekerja menyebabkan berlakunya tekanan yang berulang kali ke atas kawasan tersebut. ( So agak2 korang boleh elakkan tuk dapat CTS ni in future?hehehe) Dan tekanan berulang ni akan menyebabkan injury @ pun keradangan kpd laluan median nerve itewwww.

-BAGAIMANA-
Okay..bagaimana untuk melegakan kesakitan tu???Biasanya bila pergi hospital,doktor memang akan referkan ke FISIOTERAPI.And apa yang akan di buat pulak oleh ahli2 FISIOTERAPI ni?

1. Sesi penilaian dan pemeriksaan akan di buat untuk menilai CTS anda di tahap yang mana and tuk dapatkan baseline value jugak.
2. Sesi penerangan berkenaan masalah anda.
3. Sesi rawatan :
- Terapi panas menggunakan terapi wax @ pun hot pack (kena tengok samada ada contraindication @ x)
- Terapi menggunakan mesin2 elektroterapi (yang paling glamour : TENS,Ultrasound)
- Terapi melalui senaman
        : Median nerve gliding exercise
        : Senaman menggunakan putty,bola kecil,spider web,etc

(banyak lagi boleh buat ..tapi biasanya benda2 gini la di bagi untuk meredakan inflamation @ keradangan and untuk encourage aka menggalakkan si median nerve tu boleh glide dengan nyaman dan aman damai di laluan nya.ok... MEDIAN nerve gliding exercise boleh tengok gambar di bawah macammana mau buat ok ??

p/s : posisi permulaan pastikan tapak tangan anda bukan ke arah muka anda (paham ka?)

-PROGNOSIS-
CTS ni biasanya akan hilang jugak tapi kena buat exercise selalu la.Then,kalau CTS ni berlarutan and sangat sakit doktor akan bagi pilihan untuk inject CORTISONE,tapi hanya akan melegakan kesakitan untuk sementara waktu ja.. Then kalau x berkesan dan masih sakit,doktor akan sarankan untuk jalani surgery tapi jangan risau sekarang ni surgery semua xda problem kosmetik sudah means parut2 tu kecik2 ja..hehehehhehehe =) surgery tuk mereleasekan laluan yang sempit tu...


So aku rasa ni ja la aku mau share.. aku kena tidur awal ni malam besok
mau pi test komputer (baru mau amik lesen kereta ni)

p/s : dah lama aku dak wat entry pasal info2 fisioterapi ni..and aku masih ada hutang wat entry tuk back pain

P/S :: APA YANG ANDA BOLEH BUAT DI RUMAH???
 - Kurangkan aktiviti / hobi yang memerlukan pergerakan tangan / jari secara kerap
 - ubah posture/cara pegang
 - rendam dalam air suam / tuala suam
 - lakukan median nerve gliding exercise


17 comments:

  1. Juk, aku ni selalu kebas tgn masa jawab soklan exam.masuk pages yg ke 4-5 mmg kebas la ndak dpt gerak suda.lagi2 jari kelingking ni keluar tulang tpi bkin sakit bgesel ma kertas :'( thats why i hate writing.Amcm la mo kasi ilang tu sakit secara segera dlm dewan exam tu jgk?bleh buat cm 6 steps d ats tu?Heee

    ReplyDelete
  2. ek? itu suma org pn alami tu.hahaha...blh la..wat jak..yg pnting rehat2kan tgn kejap..wlupn impossible mo wat ms exm ..lg2 kalau telampau byk idea mau tulis kan ? wahaha

    ReplyDelete
  3. sy slalu sakit dpgelangan tngan lpas cuci kain
    *cuci kain sndiri d ostel xda washing mchn.

    doktor pijuk bleh tlong ubati??
    kekekekkeke

    ReplyDelete
  4. erk?? aku cdgkan ko bli washing mesin la gtu..huahua

    ReplyDelete
  5. wah... berinfomasi! macam entry saya yg lamaaaaaaaaaaa dulu la.. hahaha

    CARPAL TUNNEL SYNDROME

    ReplyDelete
  6. soutul : ya... syukran.. entry anda tu mmg sgt bgs bagi mengelakkan dpt CTS ni.. and biasanya mmg fisio akan advice benda2 tu jgk tuk mengelakkan patient yg ada CTS ni jadi lebeyh truk =)

    mari kita berkongsi ilmu semua =)

    ReplyDelete
  7. selalu gak tangan alami numbness neh especially malam time nak tido...ishhhh kaco tido jerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubahsuai keadan anda semasa tido ..letak tangan atas bantal
      n guna wrist splint ....insyallah .

      Delete
  8. Bermula masa mengandung anak Ke 2 Ingatkan leh ilang rupanya sampai mengandung anak ke 3 ni sakitnya makin menjadi2.Bila tanya doktor drg buat bodoh jer.....macam mana nak mengatasinya...tido malam tak penah lenaaaa

    ReplyDelete
  9. LATELY tangan rasa kebas, kdg2 bila bangun tido...atau tangan terhimpit ke sikit cepat kebas..

    ReplyDelete
  10. antara perkara yang lain yg leh wat untuk mengurangkan kesan cts ialah

    working area modification - mengubahsuai keadaan tempat kerja secara ergonomik.

    penggunaan alat yg ergonomik -penggunaan mouse pad yg ada wrist pad (silicone )
    -alat yg mengurangkan tekanan kat palm dkt
    pergelangan tangan

    Hand orthosis -Penggunaan wrist splint (thermoplastic splint dan
    neoprene(R) )- alasan -membantu secara pasive
    membuka lalauan terowong carpal tunnel yg terhimpit
    la.

    ReplyDelete
  11. salam.. sejak akhir2 ni jari sy makin sakit terutamanya bila nk menulis, susah betul nk control jari ni, tulisan pun dah makin buruk.. sakit ni dah 2, 3 bulan dh.. kalau menaip ok je.. bila menulis rasa sakit sangat kat jari, kalau tulis kat board blh terlepas marker pen dari tangan.. dh jmpa doktor klinik, dia kata tenaga ok je.. mayb urat yg xok. so, dia bagi suntikan, katanye vitamin B, vitamin utk makan pun ade bagi. sy xpenah plak kena penyakit mcm ni sblm ni.. dulu adelah masalah dengan tiroid, tp skrg rase ok je. ade cadangan tk nk selesaikan masalah sakit jari ni? ingat nk buat check darah.. tapi perlu ke???

    ReplyDelete
  12. Terima kasih info diatas amat bguna skali pd sy..lama dh sy mengGOOGLE pasal kes kebas2 tangan nie..cts rupernya nama penyakit sy nie...dapat masa mengandung anak k tiga aka bongsu..dan masa kandungan empat bulan baru dapat sintom kebas kt tangam nie...makin lama usia kandungan makin mjadi sakitnya..tido malam x lena..hari2 mnangis mnahan ksakitan yg amat sgt..nk mkn ubat xbole..sbb pregnant...dok kata mgkin lepas beranak normal balik...mmg sy kena teruk tol dgn penyakit cts.nie...oh yer sy kena tangan kiri..jari hantu sy rasa mcm nk patah...bengkok k bwh..kena tolak baru bole luruskn...nk tolak to pon sakit giler...hari2 sapu minyak angin...
    Sy mnanggung sakit nie smpai habis pantang...dan blanjutan hgga umur bb 6 bulan...barulh bransur hilang...tapi panas x smpai ke petang..huhu...kini umur anak sy to dh masuk dua tahun..sy dpt balik sakit kebas2 to semula..kali nie dua2 tangan..nk buat keje umah pon dh tjejas..nk pegang penyapu pon seksa...huhu..
    Nak tanya kalau makan mekomin buleh ker ?

    ReplyDelete
  13. Saya dapat ni bila start beralih minat menunggang motorsikal. Kebas kebas tu take weeks to heal (biasanya 2 minggu)...masalahnya ride tiap tiap weekend...so..tak heal heal la..end up..kebas selama infiniti la...takpa kot? kamarul

    ReplyDelete
  14. 3 permukaan jari tgn kiri gua (ibu, telunjuk dan jari tgah) kebas berbulan2 puncanya xreti guna joystick bila main game dan masih mgunakan kaedah lama main fifa guna keyboard hari2... hari2 jugak p merempit naik motor mmg kebas... risau coz da 2-3 bulan rasanya.. eeeee.. :((

    ReplyDelete
  15. kalau sakit dekat pergelangan tangan tu pun same jugak ke? rasa kebas'2 sikit.

    ReplyDelete
  16. Saya bila bawa motor mesti jari kebas (tangan sebelah kiri). Kalau siang ikan pun boleh kebas. Tapi jari-jari sebelah tangan kiri je. Menaip dan kerja2 lain semuanya saya lebih menggunakan tangan kanan. Jari tangan kanan ok je. Pelik juga.

    ReplyDelete