Apa kamu faham dengan tajuk post kali ni? EAT SALARY? haha. Cuba translatekan - EAT SALARY = MAKAN GAJI. hehe. Sengaja buat tajuk begitu.
So,sekarang ni aku endak bambongan sudah. Bambongan tu maksud dia macam tiada kerjaan gitu. Sudah 2 minggu aku lalui fasa hidup yang baru ni. So far so good. Aku enjoy dengan apa yang aku buat ni.Tapi, masih terlalu awal untuk aku rasa kerja ni memuaskan hati aku. Apa-apa pun aku memang suka mengajar sebab aku ni suka bercakap. Kalau suruh aku 2-3jam bercakap tanpa henti pun boleh. He he he.
Masalahnya sekarang ni, kerja ku berlambak-lambak. Tapi dak perlu lah aku mau list kan satu-satu apa kerja tu kan. Over la pulak. Macam aku satu orang seja yang ada kerja yang berlambak-lambak. Hee. Setiap malam aku akan stay up. Siapkan notes and study untuk kelas esok hari. So, pengambilan NESCAFE 3 in 1 pun kembali menjadi rutin. Dulu, masa study and masa praktikal aku memang suka minum NESCAFE 3 in 1 ni.yang warna merah tu. Sebabnya, aku ni penidur orangnya. Sikit-sikit mengantuk. Sikit-sikit rasa mau tidur. Kalau aku tidak ambil kafein tu, memang dak jalan la kerja ku semua. Di hambat nanti oleh bos. Haha. Over la pulak.
Selalu tu aku tidur jam 3 pagi. And besok malamnya tidak boleh sudah aku stay up lama-lama tu, selalu tetidur jam 1 begitu dengan nota-nota ku untuk kelas esoknya. Badan ku pun tau jugak hadnya kesian. Nasib baik lah masuk kerja jam9 pagi. So, bolehla lambat bangun sikit besoknya.
Aku pergi kerja biasanya dalam jam8.30 gitu. Tempat kerja dengan tempat tinggal ku dekat seja. Tidak sampai 15 minit sampai sudah pun. Tapi yang dak bestnya, bila balik kerja tu jam6 kan. So,sampai-sampai rumah maghrib sudah. Gelap. Uhuu. Mau berekreasi pun tidak bulih (OO..tipu.. kalau ada masa pun, memang tidak juga pigi bejuging ka,main badminton ka) . Tapi, di tempat kerja tu ada gym. Janganlah imagine gym tu canggih dalamnya. Biasa-biasa seja sebab itu FITNESS LAB untuk student-student ku sebenarnya. So, yang basic-basic macam bicycle, treadmill etc tu adalah. Bolehla jugak kalau sekadar mau berpeluh sikit-sikit tu.Malas atau rajin ja tu.
And.. nasib baik la ada jugak orang sudi jadikan aku penumpang tetapnya untuk 1-2 bulan ni. Aku pergi kerja and balik kerja tumpang kereta colleague ku. Kami sebelah-sebelah meja di ofis sana. Umur dia 26. Tapi dia dak mau aku panggil dia kakak. hehe. And di ofis sana, aku la yang paling adik. Muda gitewwwww. Hahaha. Tapi apa jugak mau bangga pun. Once sudah kerja, tetap di anggap tua juga tu :p
And..lagi apa mau cerita ya? Alang-alang sudah mengupdate ni bagus cerita banyak sikit.Sebab nanti mesti lama lagi baru ada masa and mood mau update blog ni.
Hmm.. Oh ya, aku tinggal sini di ruma sewa kakak ku dengan kawan-kawan dia.Diorang masih study lagi di UMS. So, aku menyibuk la ni . Aku ambil 1 bilik bayar rm200. Tapi nanti kena cari rumah jugak :) Sebab perjalanan hidup akan berubah lagi dalam tahun ni.Dakpa, slow-slow. Yang penting ada tempat mau tidur, Mau pi BO,PU dan lain-lain .Hehe. Arlina pun ada sini KK jugak.Tapi dia tinggal sana Sepanggar. Dekat seja pun kami.Tu hari aku suruh dia tinggal sini sama-sama aku. Tapi dia mau jugak sama-sama kawannya sana :p Kalau tidak hari-hari bergosip sampai gila.
Bulan 3 ni aku mau balik Tawau. Balik hujung minggu seja pun.Jumaat malam naek bas. Ahad malam balik KK sudah.Tidak mau ambil cuti lagi sekarang ni. Cuti ada 15 hari seja.Kena reserve untuk konvo, untuk raya and cuti-cuti kecemasan . Anak-anak buah balik masa bulan 3 tu and ada jugak perkara lain la. Hehe.
So.. rasanya itu seja la. Malas mau cerita pasal student-student ku itewwww. Kalau rajin nanti la aku cerita. Rasanya siapa-siapa yang friend dengan aku di FB boleh agak macammana student2 ku tu. Hee.
Bah. Sekian terima kasih. Tata. Titi.Tutu.
aku taww napa ko balik bln 3 keh3!
ReplyDeleteKIHKIHKIH....selagi belum jadi diam2 seja lo..org2 terdekat n rapat seja yg tau tu :p
ReplyDelete