Pages

19 December 2012

....... in my tummy

Assalamualaikum..

Sesungguhnya aku tengah kelaparan tahap naga sekarang. Jam menunjukkan jam 11 tepat dan aku masih belum breakfast lagi.Ada beli nasi kuning before pigi kerja tadi tapi masih belum tersentuh lagi si nasi kuning.Tengah jaga budak test tapi dorang ni macam dak test jak becakap-cakap.Aku tembak jugak satu-satu ni.

By the way.. masuk 4 bulan sudah aku dan salman kahwin.Dan ALHAMDULILLAH, akhirnya ada berita baik yang boleh di kongsi. My tummy sudah ada passenger!! Hehe. Syukur sangat-sangat Allah bagi rezeki dapat baby ni. Apa-apa pun masih terlampau awal lagi usia si passenger dalam tummy ni. Doakan seja semuanya baik-baik belaka sampailah deliver nanti. 

Expected due date yang doctor bagitau masa pergi klinik hari tu, 13/8/2013. Woo.. lepas raya tu! Memang balik cuti awal lah ke tawau. Lagipun, aku memang plan mau deliver di tawau. Sebab, tiada siapa di KK boleh temankan aku. Kalau di tawau, family aku ada, family salman pun ada jugak.

Sebelum aku pergi klinik untuk confirmkan pregnancy, aku sudah buat pregnancy test tu di rumah. Aku buat 5x ok dalam masa dua hari. Semua sebab aku excited giler.Hahaha. Habis jugakla rm50 beli bendalah2 tu kan. Hati tiba-tiba tergerak mau suruh salman beli pregnancy test tu, sebab rasa macam mau check.Hihihi. Tiada simptom-simptom pun aku pregnant. Balik kerja ja aku terus check.masa tu jam8 malam. Orang bilang, better kalau check time pagi-pagi sebab time tu hormone level dalam badan sangat tinggi. Tapi sebab aku dak sabar, 1st try terus positif! Yang 1st tu memang agak blur jugaklah line tu. So aku cool-cool ja la. Yang aku baca, walaupun se"blur" mana pun yg second line memang tetap positif. Blur sebab hormone level still rendah time tu. Pastu aku happy sendiri sudah. Salman bilang dakpa check lagi nanti besok pagi subuh-subuh. Aku punya dak sabar, jam10 malam aku check lagi. Haha. Memang over bak kata salman. Still sama jugak..second line yang kabur-kabur.Esoknya subuh-subuh aku terus check lagi. Sama jugak. Blur. Hihi. So cukuplah sampai situ jak. Aku xmau try lagi. Hehehe..Esok hari batu aku check lagi 2x. Dan sama jugak. Hihi.

Masa aku check first2 tu hari selasa.. then sebab aku dak sabar sudah, hari sabtu tu kami pergi klinik untuk confirmkan. Then doctor bgtau baru 4minggu 2hari..Scan baby nanti 23/01/2013. Sekarang still tidak dapat scan sebab baby terlampau kecil. By the way, nanti aku akan sendiri-sendiri seja di rumah. Tapi dakpa, at least part of him ada dalam tummy aku. Bulan 1 nanti salman masuk sekolah sudah. Jumpa lah tiap hujung bulan.

By the way, aku buat pregnancy test tu beberapa hari sebelum period aku due. So, ada orang bila dia check before period due dak dapat detect lagi pregnancy hormone tu. Tapi ada orang (luckily me myself) dak perlu tunggu period lambat baru check. 

Setakat ni tiada lagi sickness segala. Mudah-mudahan tiada lah. Ataupun ada tapi janganlah teruk. Subjek untuk semester hadapan pun aku just ambil 5 jak. Tidak larat banyak-banyak sudah. Nanti perut membesar manalah larat mau bergerak banyak kan. 

So.. doakan lah semuanya berjalan lancar dan tiada masalah-masalah yang mendatang.Amin.

2 comments:

  1. woi pijuk ada blog rupanya. niceee. kakakaka

    ReplyDelete
  2. tahniah madam.. semoga madam dan c baby sihat2.. bnyk bakal aunty sma uncle d kolej nnt.. tahniah yaaa madam :)

    ReplyDelete