Pages

14 March 2013

Second Trimester : Menggembirakan!

Assalamualaikum.. dan selamat hendaknya..

Okay, sudah lama mau update blog ni. Tapi, balik-balik tertangguh sebab banyak komitmen yang lain. By the way, kejap tadi aku baru terima kiriman IKAN PEKASAM dari kedah. Aku beli online. Dalam masa dua hari ja aku dapat sudah kiriman tu.Wow..cepat yang amat!!! Aku tiba-tiba mengidam mau IKAN PEKASAM ni. Dulu-dulu, masa belajar di UiTM, housemates aku selalu gak bawak IKAN PEKASAM ni. Memang sedap yang amat. Kalau aku teringat-ingat rasanya tu, memang boleh meleleh air liur. Hikhikhik.Okay sekarang pun tengah telan-telan air liur ni. Ada beberapa am lagi sebelum boleh balik rumah. Dak sabar mau goreng rangup-rangup pastu makan dengan nasi panas-panas.

Okay, selesai cerita pasal IKAN PEKASAM.

Hari ni Khamis. So, masuk minggu baru lagi usia si baby dalam perut ni. Masuk 17 minggu sudah. 4 bulan 1 minggu la kiranya kan. Perut actually ada lah gendut-gendut sikit tapi still dk berapa nampak sebab aku selalu pakai baju yang besar saiznya. Kalau aku pakai baju yang melekat di badan, semestinya perut gendut sikit ni orang boleh nampak dah. Hihi. Hmm.. baju pun banyak dah yang sempit sikit. Kain tuk baju kurung pun ada yang sempit dah. Adalah beberapa baju dah yang dak boleh pakai dah. 

So, meh aku cerita sikit perubahan-perubahan ataupun apa2la yang aku alami setakat 4 bulan ni. Huhu..

1.Selera makan 
Dulu, masa awal-awal pregnant selera makan memang ZERO! Langsung tiada perasaan mau makan. Selera hilang. Ni semua sebab sickness yang melampau-lampau. Start dari minggu ke 8 dak silap, sampailah minggu ke11 , memang makan pun sebab fikirkan si baby dalam perut si mummy ni. Tapi, masuk minggu ke13 dan seterusnya sampai minggu ke 17 ni, selera makan amboi-amboi melampau-lampau sampai penat aku mau makan. Apatah lagi perut memang sentiasa rasa lapar. Walaupun baru makan, dak sampai 1 jam start rasa lapar yang amat balik. Kadang-kadang rasa malas jugak balik-balik mau makan.Hiuhiuhiuhiu..Alhamdulillah lah selera makan ada kan..

2.Berat badan
Masa awal pregnancy, masa 1st checkup di Klinik Kesihatan, masa tu minggu ke 6 dak silap, berat 43 kg. Then, 2nd checkup , berat 40.5 kg. Masa tu minggu ke  10 dak silap. Then 3rd check up, masa minggu ke 14 , berat masa tu 43.5 kg. Menurun, dan menaik balik. Masa awal-awal kan tiada selera makan, so memangla berat kurang. Lagipun, memang normal masa awal pregnant tu berat akan turun. Jangan bimbang sebab masuk 2nd trimester memang berat badan akan naik dengan meriahnya sampailah ke 3rd trimester nanti. Yang penting total berat badan yang akan bertambah sepanjang pregnant ni jangan melebihi 12kg. Berat badan terbaru minggu ke 17 ni 45KG.ohohoho.

3.Morning sickness
Okay, rasanya ibu-ibu mengandung mesti sudah tau yang morning sickness ni bukan berlaku waktu pagi ja. Ia akan berlaku bila-bila masa yang dia suka. Hihi. Macam aku ni, sickness aku masa awal-awal hari tu datang start dari tengahari dalam jam11-12 gitu and akan berlarutan sampai ke malam. Biasanya awal pagi, aku sihat walafiat dan hanya pening-pening dan loya-loya sikit ja. Sickness aku start dari minggu ke7 sampai minggu ke 13. Actually, minggu ke 11 sudah start hilang-hilang sickness tu. Malahan masa minggu 11 tu aku memang tiada langsung pening..loya..dan lain-lain. Tapi, masuk minggu ke 12 datang lah pulak balik sickness2 tu tapi dak berapa teruk. Masuk minggu 13 alhamdulillah berkurangan sampailah sekarang tiada langsung. Aku kembali aktif macam sebelum pregnant. Kalau di ingat balik, masa sickness ni ada memang aku jadi lemah longlai. Penat. Dakda tenaga. Di office pun aku diam-diam ja. Duduk and dakda buat apa-apa. Sekarang?? Hehehe.. mulut sudah bising. Aktif balik. Aku punya sickness : pening dan sakit kepala teramat + mengantuk + loya + muntah kadang-kadang. And masa tu, memang dak boleh hidu bau tumisan. Automatik muntah. Memang masa tu aku dak memasak langsung!Huehuehue.. 

4.Emosi
EMOSI! kihkihkih. Masa awal-awal dulu, aku sangatlah sensitif terutama dengan si bapak baby.Ingat lagi masa awal-awal tu teringin mau bakso. Dak dapat bakso , merajuk sama si bapak baby. Adedeh. Ada lagi sekali, mau pisang cheese. Dak dapat jugak.Merajuk lagi. Baru tu menangis-nangis pulak tu. Adoyai. Sekali sekarang, nah.. dak payah sudah mintak2..cari sendiri and makan puas-puas. Lagipun, masa awal pregnant tu masih dak boleh adapt dengan hormonal changes yang mendadak tu. Tu lah emosi tah pa-pa. Sekarang teda lah sudah. Paling-paling pun aku menangis masa sebelum tidur ja sebab rindu sama bapak baby. Huhu. Nah, sedih-sedih pulak sekarang ku rasa. 3 minggu sudah dak ketemu bapak baby ni. 3 minggu jugak dak dengar suaranya kesian. Sabar ja la.Ni baru 4bulan ni. Belum lagi perut sudah memboyot nanti.Alahai.. memang time tu dak boleh lah layan perasaan sendiri-sendiri kalau dak memang 1 baldi air mata tiap hari.

5.BELUM TERFIKIR APA
haha..yang ke5 ni aku malas mau taip.Nanti bila aku rajin aku update lah lagi ye.


Hihihi. Doakan aku dan baby sehat walafiat.
Setakat 4 bulan ni, aku dan bapak baby masih dak dapat decide lagi mau suruh baby panggil kami apa. Mama,abah..mama,ayah..abi,umi..mummy,daddy? HOHO..last2 panggil MAMAK sama BAPAK ja la kan. Senang.

4 comments:

  1. enjoy your second trimester puas2 ya. nnti suda masuk yg ketiga tu...sbr jak la byk2 hehe

    ReplyDelete
  2. Paling klasik juak la panggil bapak dgn mamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lai tu..kali guna bapak sama mamak ja..

      Delete
  3. aku doakan kau and baby kau sihat sahaja...nnt sdh kuar kasi kenal ma kami auntie2nya ya..hahhaa:P

    ReplyDelete